Wednesday, October 9, 2019

Soalan Buku Teks Bahasa Inggeris Tahun 6 Mukasurat 3



Soalan Buku Teks Bahasa Inggeris Tahun 6 Mukasurat 3

Kamini berada di Pesta Buku Besar. Dia telah memilih 2 buah buku. Dengarkan penerangan ringkas mengenai buku tersebut. 

sila KLIK....

ROALD DAHL

Terjemahan :
Matilda merupakan seorang yang bijak. Dia bukan sahaja ulat buku tetapi juga pandai Matematik. Malangnya, ibubapanya tidak menghargainya. Bila Matilda memulakan persekolahannya di SK Cruncher Hall, yang diuruskan oleh Cik Trunchball yang tegas, berbadan besar dan kasar, dia mengembangkan banyak bakat-bakatnya yang luarbiasa.

Soalan : State True or False.
Nyatakan betul atau salah.

1. Matilda is good in Mathematics.
Matilda sangat pandai Matematik.
TRUE

2. She studies at Cruncher Hall Primary School.
Dia belajar di SK Cruncher Hall.
TRUE

3. Her parents are proud of her talents.
Ibubapanya bangga akan bakat-bakatnya.
FALSE

4. Miss Trunchball is Matilda’s class teacher.
Cik Trunchball ialah guru kelas Matilda.
FALSE


HARRY POTTER

Terjemahan :
Harry Potter menjalani hidup yang teruk bersama dengan Dursleys, iaitu makciknya, pakciknya dan anak mereka Dudley. Dia tiada kawan mahupun sebarang sambutan untuk harijadinya. Dia juga tak pernah bermain sebarang sukan. Seorang utusan membawakannya sepucuk surat misteri. Ianya merupakan satu jemputan ke satu tempat yang menakjubkan yang tak pernah dimimpikannya.  Di sana, dia menjumpai kawan-kawan, sukan dan ilmu sihir. Sesuatu yang besar menantinya. Sekiranya dia dapat terselamat semasa pertemuan…  

ANSWER THE QUESTIONS.

1. Which word tells that Harry Potter lives a sad life?
Perkataan mana yang memberitahu bahawa Harry Potter menjalani hidup yang menyedihkan?

Jawapan : That word is miserable.  
                   Perkataan itu ialah miserable (teruk).  

2. Who is Dudley to Harry Potter ?
Apakah hubungan Dudley dengan Harry Potter?

Jawapan : He is Harry’s cousin.  
                   Dia ialah sepupu Harry.

3. How did Harry Potter receive the mysterious letter ?
Bagaimanakah Harry Potter menerima surat misteri tersebut?

Jawapan : It was brought by a messenger.  
                   Ianya dibawa oleh seorang utusan.  

4. Harry Potter went to a beautiful place. Describe it using your imagination.
Harry Potter pergi ke satu tempat yang indah. Terangkan tempat itu mengikut imaginasi kamu.

Jawapan : The place was magnificent. There was a big castle with a beautiful garden next to it. A clear river was flowing nearby. 
Tempat itu sangat menakjubkan. Ada satu istana yang besar dengan satu taman yang indah bersebelahannya. Sebuah sungai yang jernih mengalir berdekatannya.  

Let’s Talk.

1. If you were Kamini, which book would you prefer to read? Why?
Sekiranya kamu ialah Kamini buku mana yang kamu pilih untuk dibaca? Kenapa?

Jawapan : I would choose to read Harry Potter because is fun. It is full of magic and incredible characters.  
Saya akan memilih Harry Potter kerana ianya menyeronokkan. Ianya penuh dengan magik dan watak-watak yang hebat.

2. How do you choose books to read? Do you look at the cover, pictures, thickness, the author or something else? Give reasons.
Bagaimanakah kamu memilih buku-buku untuk dibaca? Adakah kamu melihat kepada kulitnya, gambar-gambar, ketebalannya, pengarangnya atau sesuatu yang lain? Beri sebab.

Jawapan : Usually I look at the cover, the pictures, the author and also the synopsis. All these will help me determine the type of story and whether I like it or not.
Biasanya saya melihat kepada kulitnya, gambar-gambar. pengarangnya dan juga sinopsisnya. Semua ini akan menolong saya dalam menentukan jenis ceritanya dan sama ada saya sukakannya atau tidak.


1 comment: